Saturday, January 29, 2011

HARDDISK UNTUK OTAK (BACKUP)

Seorang saintis terkenal dari US, Raymond KURZWEIL (62) mengatakan dia sedang membina alat yang boleh mem”backup” otak manusia, termasuk segala memori yang ada di dalamnya ke dalam hardisk.
Raymond Kurzweil
“Saya sangat yakin bahawa dalam masa 20 tahun kita akan dapat memiliki ribuan mesin komputer nanorobot di dalam darah,” kata Kurzweil di depan 500 jemputan dalam acara ‘Future Talk’ di Vienna, Austria, seperti dimuat Daily Mail pada 22/10/2010 lalu.
Tambah Kurzweil lagi ini bukan sesuatu yang mustahil kerana teknologi yang ada sekarang ini membolehkan alat tersebut boleh dicipta.
“Ini bermakna alat itu akan mengembalikan setiap fikiran, pengalaman, dan apapun yang menjadikan kita seorang individu manusia,” tambah Kurzweil.
Kurzweil juga berkata, dia sudah biasa dianggap gila oleh sebahagian orang.
Dia menceritakan, pada awal1980-an, beliau pernah meramalkan World Wide Web (www) akan muncul pada pertengahan tahun 1990.
“Dulu saya dianggap gila. Tapi lihat yang terjadi, dan ramalan saya mengenai bila www muncul adalah tepat,” katanya.
Di kalangan para saintis, Raymond Kurzweil memang bukan orang sembarangan. Selama kerjayanya dalam bidang sains, Kurzweil telah banyak kali menjadi perintis teknologi komputer, termasuk teknolongi pengecaman suara.
Sejarah hidupnya juga mengkagumkan. Pada usia 15 tahun, ia mencipta program yang boleh mengubah semula lagu dengan style komposer terkenal. Dengan penciptaannya itu Kurzweil dipanggil untuk bertemu Presiden, Lyndon B Johnson di White House.
Dia juga pernah membuat mesin yang boleh membaca ayat yang tertulis untuk rakannya yang buta, penyanyi terkenal, Stevie Wonder.
Untuk Stevie Wonder juga, Kurzweil membuat alat muzik synthesizer yang secara revolusioner boleh berfungsi seperti alat muzik sebenar.
Sementara itu, dalam bidang akademik, Kurzweil memiliki 19 gelaran doktor kehormatan.
Kini, dia menjadi penasihat bagi kerajaan, saintis, tentera dan penceramah di seluruh dunia. Topiknya, tentang teknologi terkini.

No comments: